Bayi sakit mulut@sawan susu

0 comments

Bagaimana membezakan jangkitan kulat (Thrush) dengan saki baki susu..?

Jangkitan kulat (Thrush) adalah berwarna keputihan dan menyerupai saki baki susu, tetapi yang membezakannya ialah keputihan diseluruh bahagian dalam mulut, lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam mulut.


Apakah langkah-langkah yang perlu mommies ambil...?

    1.Basuh dan bersihkan kesemua alatan        mainan si comel dan alatan penyusuan/pam susu mommies dengan menggunakan air panas mendidih pada setiap kali selepas penggunaan.
   2. Cuci tangan sekerap mungkin selepas/sebelum penyusuan, boleh juga menggunakan hand sanitizer untuk membunuh kuman.
   3. Bersihkan puting para mommies dengan menggunakan air kosong terlebih dahulu sebelum penyusuan kerana puting yang lembab didalam Bra boleh menyebabkan jangkitan kulat.
   4. Pastikan pengambilan Antibiotik kepada bayi @ mommies adalah diatas nasihat doktor. Penggunaan Antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan.
   5. Beri si comel air putih masak selepas penyusuan kerana ianya boleh membantu menanggalkan saki baki susu yang tersisa diruang mulut. Jika dibiarkan ianya boleh menyebabkan jangkitan kulat.
  6.  Bawalah bayi @ mommies berjumpa doktor jika terdapat sebarang jangkitan atau kekeliruan samaada ianya kulat atau sisa susu.

Bahayakah Jangkitan ini...?

Menurut pakar, jangkitan ini tidak lah boleh membawa kematian. Tetapi jika bayi mendapat jangkitan kulat ini, ia akan berasa tidak selesa, kerap menangis dan tidak mahu menyusu kerana kesakitan.

Menurut pakar juga, bayi boleh mengalami Demam akibat Dehidrasi. Jika bayi mengalami demam yang tinggi melebihi 38.2 darjah celsius dan keputihan yang tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu adalah dari kuman yang berbeza dan bukan lagi jangkitan kulat.

Bagaimanapun, segera lah mendapatkan khidmat yang pakar agar segalanya terjamin selamat.

KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN

0 comments

gugur

Hari ni tertarik saya untuk berkongsi pengalaman yang rakan saya alami..Beliau telah dua kali keguguran. Beliau bertanya pada adakah kerana ovum nya tidak berapa bagus. Bagi saya sebagai seorang muslim, ini adalah ketentuan ALLAH kerana Dia Maha Mengetahui setiap perjalanan hamba-hambaNya. Mungkin hari ini beliau bersedih tapi siapa tahu kan Rahsia ALLAH…mungkin akan ada yang lebih manis selepas kejadian itu..Tapi berbeza dengan pengalaman kedoktoran..Jom kita tengok dari sudut sains…..Mungkin saya dapat melalui pencarian dan pembacaan..namun sekurang-kurangnya ada ilmu yang bole saya kongsikan bersama..Insyallah…

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan  akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.
Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku.
Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini.

 

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?

1.Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran. Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.


Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.


3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.


Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.


4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.


Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.


5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

 
6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.


7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.


Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.


8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.


Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Lain-lain Penyebab:

  • Pemakanan

Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Elakkan makanan2 yang tajam seperti nenas, tebu , hati , limpa, minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan. Banyakkan memakan makanan seperti susu, kekacang, sayuran dan berprotein tinggi.

  • Terlalu aktif

Di awal kehamilan, ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak. Kerana kemungkinan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan dalam proses pembentukkan. Juga tidak di galakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.

  • Berdiri dan berjalan terlalu lama dan jauh

Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan. Seharusnya imbangi aktiviti ini.

  • Pakaian yang terlalu sempit

Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil. Bayi di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.

  • Kasut tumit tinggi

Memang tidak di galakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf2 boleh merosakkan kandungan.

 

  • Tekanan  atau stress

Jika anda tahu anda hamil, elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan keguguran. Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.

 

  • Tidak cukup rehat

Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan kaguguran. Rehat la secukupnye dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.

 

  • Tidak mengambil asid folic

Jika kita mengabaikan ubat yang di beri oleh doktor, susah untuk bayi berkembang dengan sihat. Setiap ubat yang di beri oleh doktor sangat bagus kandungan kita. Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa. Asid folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan.

 

  • Terlalu terkejut

Berada dalam keadaan terperanjat atau terkejut boleh juga beri kesan pada kandungan. Jika kita terlalu terkejut, bayi juga akan terkena kejutan itu. Ini boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.

 

  • Kandungan tidak menjadi

Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita. Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi. Ini semua kuasa tuhan. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Ini sedikit sebanyak yang dapat saya nak kongsi kan dengan anda semua. Mungkin ini adalah penyebab sahaja dan mungkin belum rezeki untuk mendapatkan anak jika kita keguguran. Ada hikmah kenapa bayi itu gugur. Harap ini dapat jadi panduan sedikit sebanyak bagi mereka yang mengalami masalah seperti kawan saya.

Kulit Gebu, Cerah, Berseri dan Bebas Parut…..

0 comments

 

TESTIMONI ESP

Rahsia Kulit Gebu, Cerah, Berseri dan Bebas Parut TERBONGKAR!!!!


Mesti nak kulit cantik kan? Tapi sekarang memang susah sebab udara kita penuh dengan bahan pencemaran. Jadi nak cantik bukan setakat tempek bedak atau make up tebal-tebal tau. Kena bagi cantik dalam dulu

  • Kenapa mesti Shaklee ESP?

    ღ     ESP bekalkan protein untuk pembentukan sel kulit yang cantik dan sihat       menggantikan sel kulit yang rosak
    ღ      ESP bentuk sel kulit baru gantikan sel kulit yang mati di sekitar kawasan parut
    ღ      ESP menganjal dan menegangkan kulit
    ღ      ESP hilangkan parut dan jeragat
    ღ      ESP Membaiki pigmentasi supaya tona kulit sekata


Pendek kata bila anda amalkan ESP, kulit anda sentiasa akan diperbaharui. Sebab tu lah kulit akan sentiasa awet muda, lembut dan bebas parut.

Mengapa Islam sangat menganjurkan penyusuan susu ibu?

0 comments

Menurut ajaran agama Islam pula, penyusuan anak  ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233)
Yang dimaksudkan dengan Radha‘ah di sini ialah masuknya air susu perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.

Hukum Penyusuan Anak
Menyusukan anak  yang masih dalam peringkat umur penyusuan adalah wajib selama mana anak  itu memerlukannya. Akan tetapi ke atas siapakah yang menanggung kewajipan tersebut? dan siapakah yang menanggung pembiayaannya?
Apabila lahir seorang anak , maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa anak  itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut.
Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran (al-liba’). Al-liba’ itu dipanggil dengan nama saintifiknya sebagai kolostrum. Warna kolostrum itu kuning seakan-akan warna oren dan ianya menyerupai seperti mentega yang cair dan kolosturm itu pekat dan melekit seperti sirap maple. Menurut kajian saintifik ianya mengandungi protein yang tinggi, zat besi dan mineral yang lain. Ianya juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat dan kalori berbanding dengan air susu dada yang keluar selepas kolostrum.
Adapun jangka masa al-liba’ itu tertakluk kepada pengkajian ahli bijak pandai, ada yang mengatakan kadarnya selama tiga hari dan ada juga yang mengatakan selama tujuh hari. Hukum wajib itu berlaku kerana anak damit tidak akan hidup atau tidak akan kuat pada kebiasaannya tanpa penyusuan dengan al-liba’.
Sekalipun pada lazimnya seorang ibu akan menyusukan anaknya, namun perkara tersebut bukanlah wajib ke atasnya untuk berbuat sedemikian jika ada perempuan lain yang boleh menyusukan anak  itu. Tetapi jika ibu tersebut menyusukannya pembiayaan penyusuan itu adalah wajib ke atas bapa anak  itu sekiranya anak tersebut tidak memiliki harta. Oleh yang demikian si suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya bagi menyusukan anaknya. Jika terjadi pertelingkahan antara suami dan isteri sama ada pada menyusukan atau pembiayaannya, maka bolehlah suami meminta perempuan lain untuk menyusukannya. Dalam hal ini suami juga berkewajipan membiayai penyusuan tersebut. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."(Surah At-Thalaq: 6)
Berlainan halnya, jika anak itu tidak berbapa atau bapa dan anak  itu tidak memiliki harta atau pun anak itu tidak menerima susu perempuan yang lain atau anak  itu anak zina atau tiada diperolehi perempuan lain yang boleh menyusukan, maka dalam hal ini penyusuan itu wajib ke atas ibunya.
Jika si ibu itu berkehendak untuk menyusukan anaknya, maka dia berhaklah menyusukannya. Menurut pengarang Al-Minhaj, berdasarkan pendapat yang ashah suami tersebut tidak berhak melarang isterinya menyusukan anaknya sendiri sebagaimana yang telah dishahihkan oleh kebanyakan ulama’. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya."(Surah Al-Baqarah: 233)
Ini kerana larangan suami terhadap isterinya bagi penyusuan anak itu, boleh mendatangkan kesengsaraan kepada si ibu itu sendiri, kerana si ibu lebih rapat dan condong hatinya kepada si anak. Begitulah juga dengan susu ibu, ianya lebih serasi dan sesuai jika diberikan kepada anaknya sendiri. (Nihayah Al-Muhtaj: 7/222, Mughni Al-Muhtaj: 3/573)
Kewajipan suami membiayai penyusuan anaknya - sekalipun anak  itu adalah anak isterinya sendiri - adalah berasaskan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu maka berikanlah kepada mereka upahnya."(Surah At-Thalaq: 6)
Jika si isteri itu meminta upah yang tinggi daripada suaminya sehingga melebihi upah yang sebanding atau ada perempuan lain yang mendermakan susunya atau perempuan lain itu meminta upah yang lebih rendah daripada upah yang sebanding, maka harus bagi suami untuk tidak memenuhi kehendak isterinya itu sebaliknya mengupah perempuan lain itu untuk menyusukan anaknya. (Mughni Al-Muhtaj: 3/573)
Sesungguhnya amalan penyusuan anak oleh perempuan yang bukan ibu kandung anak  itu telah pun menjadi amalan masyarakat sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri semasa kecilnya disusukan oleh Tsuaibah iaitu salah seorang hamba perempuan daripada Abu Lahab, dan Halimah As-S‘adiah iaitu ibu susuannya daripada Bani Sa‘d.

Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya
Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak  itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:
1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.
2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak  itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.
3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak  berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."(Hadis riwayat Ahmad)
Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."(Hadis riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)
Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak dengan susu dadanya, nescaya anak  itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.
Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.
Jika terputus anak  itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)

Hukum Anak Susuan
Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari)
Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dan khalwat.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)

Anak Susuan Dalam Hukum Haram Pernikahan
Apabila seorang perempuan menyusukan anak  orang lain dengan air susu hasil daripada perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak  itu. Adapun dalil dalam perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata:
Maksudnya: "Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu‘aisy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu‘aisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu‘aisy."
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu‘aisy)."
Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu."
‘Urwah berkata: "Oleh kerana itu ‘Aisyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari)
Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan
Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak  yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.

Beberapa Permasalahan Perihal Radha‘ (Penyusuan)
i. Penyusuan Kanak-Kanak Yang Sudah Besar
Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Tidak mengharamkan daripada penyusuan itu kecuali apa yang menyerap di dalam tali perut pada ketika menyusu dan penyusuan itu sebelum bercerai daripada menyusu."(Hadis riwayat Tirmidzi)
ii. Penyusuan Anak  Melalui Botol, Gelas Dan Sebagainya
Di antara syarat penyusuan ana itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak  tersebut sebagai anak susuan.
Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak  itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak  dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut.
iii. Penyusuan Dengan Susu Yang Bercampur
Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak itu.
Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak  itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut.
Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak  tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5)

HERBALAX

0 comments

Herb-Lax copy

KEISTIMEWAAN HERBALAX :-

  • Terdiri daripada 9 jenis herba semulajadi iaitu alfafa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed, culver’s root.
  • ALFAFA LEAVES – MEMBERSIHKAN USUS, DARAH DAN HATI
  • SENNA LEAVES – MERANSANG TINDAKAN PEMBERSIHAN YANG LEMBUT PADA USUS DAN PERUT, PERCEPATKAN PROSES DITOKSIFIKASI DAN MENGURANGKAN PENYERAPAN LEMAK
  • ANISE SEEDS – MERANGSANG PENGELUARAN JUS GASTRIK UNTUK MEMBANTU PROSES PENCERNAAN.
  • BLUE MALVA FLOWER – MEMBANTU PROSES DETOKSIFIKASI DAN MENGIMBANGI TEKSTUR KULIT
  • BUCKHORN BARK – MELEMBUTKAN NAJIS UNTUK MEMUDAHKAN PERGERAKAN DAN MEMBERIKAN LEMBAPAN PADA USUS.
  • LICORICE ROOT – MEMBANTU PROSES DETOKSIFIKASI
  • RHUBARB ROOT – HERBA YANG BANYAK DIGUNAKAN DALAM PERUBATAN CINA UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI ANTIBIOTIK
  • FENNEL SEED – MENGELUARKAN TOKSIN YANG TERKUMPUL AKIBAT LEBIHAN MAKANAN DAN PENGAMBILAN ALKOHOL, MEMBANTU PENCERNAAN DAN BERKESAN UNTUK MASALAH SEMBELIT DAN KEMBUNG PERUT ATAU USUS.
  • CULVER’S ROOT – MEMBANTU MASALAH LEBIHAN AIR DALAM BADAN DAN ASMA

     

    FUNGSI HERBALAX

    • Mengandungi kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
    • Membersihkan najis yang tersekat / tersimpan lama dalam tubuh.
    • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut.
    • Membantu masalah sembelit.
    • Mengempiskan perut.
    • Melawaskan pembuangan air besar.
    • Memperbaiki kesihatan usus.
    • Menguruskan badan.
    • Mengurangkan bau badan.
    • Mengurangkan ketegangan perut.
    • Membantu sistem pertahanan yang lebih kuat
    • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
    • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus.

    SIAPA YANG MEMERLUKAN??

    • INDIVIDU YANG MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MEMBUANG AIR BESAR DENGAN KONSISTEN SETIAP HARI
    • LELAKI DAN WANITA
    • INDIVIDU YANG MUDAH JATUH SAKIT
    • INDIVIDU YANG DALAM PROSES MEMBUANG LEMAK
    • INDIVIDU YANG ADA MASALAH DALAM PENCERNAAN
    • INDIVIDU YANG INGIN MENJAGA KESIHATAN TERUTAMANYA USUS.
  • BEKAS PENYIMPANAN SUSU PERAHAN

    0 comments

     

    bekas susu

    BEKAS PENYIMPANAN SUSU YANG SESUAI
    -bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
    -bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

    -breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan  perahan  susu ibu
    -Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
    -Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
    -Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan  dengan lebel:
    - Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
    - Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
    - Kuantiti susu yang diperah
    - Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
    - Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

    Bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?
    - Bekas dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
    - Bekas dan peralatan yang digunakan terdedah dan terbiar terlalu lama.
    - Pengambilan ubat-ubatan (Kimoterapi, Heroin)
    - Jadi, secara rumusannya, bagaimana susu ibu boleh tercemar adalah berpunca dari cara kita mengendalikan susu ibu, baik dari mula menyediakan peralatan perahan susu sehingga ke simpanan susu.
    - Pastikan kita sentiasa membersihkan tangan sebelum kita melakukan persediaan untuk sesi perahan. Berhati-hati menguruskan susu perahan, Namun, jika tercelup jangan dibuat kerana ada anti-bakteria dalam susu, masih selamat untuk digunakan. Jangan membazir…

    ADAKAH KITA MENYIMPAN SUSU PERAHAN DENGAN BETUL??

    0 comments

     

    SIMPAN SUSU

    SUHU BILIK?
    - Jika SUHU BILIK biasa, disarankan tidak lebih dari 4 jam

    FRIDGE/FREEZER ?
    -Jika Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

    -Jika Peti Sejuk (2 pintu)
              # bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
               #pintu bawah (sebelum dibekukan) - 3-7 hari  (selepas dibekukan) - 24 jam
    - Jika Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
    -Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

    BEKAS PENYEJUK ?
    cooler bag/box - tahan sehingga 12-24 jam

    PERINGATAN:
    susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
    susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

    - Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
    - Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


    Rumah
    - Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
    - Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
    - Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.