KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN

0 comments

gugur

Hari ni tertarik saya untuk berkongsi pengalaman yang rakan saya alami..Beliau telah dua kali keguguran. Beliau bertanya pada adakah kerana ovum nya tidak berapa bagus. Bagi saya sebagai seorang muslim, ini adalah ketentuan ALLAH kerana Dia Maha Mengetahui setiap perjalanan hamba-hambaNya. Mungkin hari ini beliau bersedih tapi siapa tahu kan Rahsia ALLAH…mungkin akan ada yang lebih manis selepas kejadian itu..Tapi berbeza dengan pengalaman kedoktoran..Jom kita tengok dari sudut sains…..Mungkin saya dapat melalui pencarian dan pembacaan..namun sekurang-kurangnya ada ilmu yang bole saya kongsikan bersama..Insyallah…

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan  akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.
Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku.
Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini.

 

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?

1.Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran. Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.


Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.


3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.


Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.


4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.


Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.


5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

 
6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.


7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.


Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.


8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.


Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Lain-lain Penyebab:

  • Pemakanan

Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Elakkan makanan2 yang tajam seperti nenas, tebu , hati , limpa, minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan. Banyakkan memakan makanan seperti susu, kekacang, sayuran dan berprotein tinggi.

  • Terlalu aktif

Di awal kehamilan, ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak. Kerana kemungkinan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan dalam proses pembentukkan. Juga tidak di galakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.

  • Berdiri dan berjalan terlalu lama dan jauh

Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan. Seharusnya imbangi aktiviti ini.

  • Pakaian yang terlalu sempit

Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil. Bayi di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.

  • Kasut tumit tinggi

Memang tidak di galakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf2 boleh merosakkan kandungan.

 

  • Tekanan  atau stress

Jika anda tahu anda hamil, elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan keguguran. Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.

 

  • Tidak cukup rehat

Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan kaguguran. Rehat la secukupnye dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.

 

  • Tidak mengambil asid folic

Jika kita mengabaikan ubat yang di beri oleh doktor, susah untuk bayi berkembang dengan sihat. Setiap ubat yang di beri oleh doktor sangat bagus kandungan kita. Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa. Asid folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan.

 

  • Terlalu terkejut

Berada dalam keadaan terperanjat atau terkejut boleh juga beri kesan pada kandungan. Jika kita terlalu terkejut, bayi juga akan terkena kejutan itu. Ini boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.

 

  • Kandungan tidak menjadi

Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita. Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi. Ini semua kuasa tuhan. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Ini sedikit sebanyak yang dapat saya nak kongsi kan dengan anda semua. Mungkin ini adalah penyebab sahaja dan mungkin belum rezeki untuk mendapatkan anak jika kita keguguran. Ada hikmah kenapa bayi itu gugur. Harap ini dapat jadi panduan sedikit sebanyak bagi mereka yang mengalami masalah seperti kawan saya.

Kulit Gebu, Cerah, Berseri dan Bebas Parut…..

0 comments

 

TESTIMONI ESP

Rahsia Kulit Gebu, Cerah, Berseri dan Bebas Parut TERBONGKAR!!!!


Mesti nak kulit cantik kan? Tapi sekarang memang susah sebab udara kita penuh dengan bahan pencemaran. Jadi nak cantik bukan setakat tempek bedak atau make up tebal-tebal tau. Kena bagi cantik dalam dulu

  • Kenapa mesti Shaklee ESP?

    ღ     ESP bekalkan protein untuk pembentukan sel kulit yang cantik dan sihat       menggantikan sel kulit yang rosak
    ღ      ESP bentuk sel kulit baru gantikan sel kulit yang mati di sekitar kawasan parut
    ღ      ESP menganjal dan menegangkan kulit
    ღ      ESP hilangkan parut dan jeragat
    ღ      ESP Membaiki pigmentasi supaya tona kulit sekata


Pendek kata bila anda amalkan ESP, kulit anda sentiasa akan diperbaharui. Sebab tu lah kulit akan sentiasa awet muda, lembut dan bebas parut.