Bayi sakit mulut@sawan susu

0 comments

Bagaimana membezakan jangkitan kulat (Thrush) dengan saki baki susu..?

Jangkitan kulat (Thrush) adalah berwarna keputihan dan menyerupai saki baki susu, tetapi yang membezakannya ialah keputihan diseluruh bahagian dalam mulut, lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam mulut.


Apakah langkah-langkah yang perlu mommies ambil...?

    1.Basuh dan bersihkan kesemua alatan        mainan si comel dan alatan penyusuan/pam susu mommies dengan menggunakan air panas mendidih pada setiap kali selepas penggunaan.
   2. Cuci tangan sekerap mungkin selepas/sebelum penyusuan, boleh juga menggunakan hand sanitizer untuk membunuh kuman.
   3. Bersihkan puting para mommies dengan menggunakan air kosong terlebih dahulu sebelum penyusuan kerana puting yang lembab didalam Bra boleh menyebabkan jangkitan kulat.
   4. Pastikan pengambilan Antibiotik kepada bayi @ mommies adalah diatas nasihat doktor. Penggunaan Antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan.
   5. Beri si comel air putih masak selepas penyusuan kerana ianya boleh membantu menanggalkan saki baki susu yang tersisa diruang mulut. Jika dibiarkan ianya boleh menyebabkan jangkitan kulat.
  6.  Bawalah bayi @ mommies berjumpa doktor jika terdapat sebarang jangkitan atau kekeliruan samaada ianya kulat atau sisa susu.

Bahayakah Jangkitan ini...?

Menurut pakar, jangkitan ini tidak lah boleh membawa kematian. Tetapi jika bayi mendapat jangkitan kulat ini, ia akan berasa tidak selesa, kerap menangis dan tidak mahu menyusu kerana kesakitan.

Menurut pakar juga, bayi boleh mengalami Demam akibat Dehidrasi. Jika bayi mengalami demam yang tinggi melebihi 38.2 darjah celsius dan keputihan yang tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu adalah dari kuman yang berbeza dan bukan lagi jangkitan kulat.

Bagaimanapun, segera lah mendapatkan khidmat yang pakar agar segalanya terjamin selamat.