FAKTA DAN MITOS KETIDAKSUBURAN

 

Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.

MITOS-MITOS KETIDAKSUBURAN
1)    MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’

FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan

a)    Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.

b)    Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi
menghadapi masalah untuk mengandung lagi.

c)    Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.

2)    MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat

FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala
1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.

3)    MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”

FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an. Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba. Masalah ketidaksuburan dikalangan wanita yang lebih muda bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Berikut adalah statistik yang dilaporkan oleh ’American Society of Reproductive Medicine’,

Masalah ketidaksuburan dialami oleh:

•    7% wanita berumur 20-24 tahun
•    9% berumur 25-39 tahun
•    15% berumur 30-34 tahun
•    22% berumur 35-39 tahun

4)    MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”

FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut
sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki. Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah
25 tahun kebawah.

Walaubagaimanapu lelaki masih boleh mendabik dada kerana kajian tersebut menunjukkan bahawa sehingga umur 55 tahun, lelaki masih berupaya untuk ‘menghamilkan’
isteri mereka.

 

JADI..TUNGGU APA LAGI WAHAI WANITA…

MARI KITA PERBAIKI TAHAP KESIHATAN KITA

GLA COMPLEX….MEMBANTU ANDA

25360_110402445663151_1837274_n

lebih advance lagi jika di tambah

25360_110400008996728_6721555_n

mari hubungi saya…..insyallah..saya hanya membantu..ALLAH yang menentukan..tapi selagi kita usaha…insyallah pasti ALLAH memberi ruang pada kita…namun hanya Dia yang tahu segala rahsia

0 comments: