BEKAS PENYIMPANAN SUSU PERAHAN

 

bekas susu

BEKAS PENYIMPANAN SUSU YANG SESUAI
-bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
-bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

-breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan  perahan  susu ibu
-Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
-Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
-Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan  dengan lebel:
- Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
- Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
- Kuantiti susu yang diperah
- Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?
- Bekas dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
- Bekas dan peralatan yang digunakan terdedah dan terbiar terlalu lama.
- Pengambilan ubat-ubatan (Kimoterapi, Heroin)
- Jadi, secara rumusannya, bagaimana susu ibu boleh tercemar adalah berpunca dari cara kita mengendalikan susu ibu, baik dari mula menyediakan peralatan perahan susu sehingga ke simpanan susu.
- Pastikan kita sentiasa membersihkan tangan sebelum kita melakukan persediaan untuk sesi perahan. Berhati-hati menguruskan susu perahan, Namun, jika tercelup jangan dibuat kerana ada anti-bakteria dalam susu, masih selamat untuk digunakan. Jangan membazir…

0 comments: